Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu
Dalam
bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan,
kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses
pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu.
Proses-proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim.
Proses Pembentukan Kata
|
·
Bentuk Kata Ganda
|
·
Bentuk Kata Majmuk
|
·
Bentuk Kata Tunggal
|
·
Bentuk KataTerbitan
|
Rajah : Proses
Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu - Tatabahasa Bahasa Dewan
Edisi 3
Proses pembentukan
dalam bahasa Melayu dari segi bentuk-bentuk yang terhasil seperti:
3.1.1 Bentuk
Kata Tunggal
Perkataan-perkataan
dalam bahasa Melayu tanpa imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan
perangkaian tergolong dalam jenis kata tunggal iaitu kata tunggal
yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi
dua suku kata atau lebih.
Terdapat juga kata
tunggal seperti ini,itu,sini,sana yang tidak mengalami apa-apa
imbuhan, namun kata tunggal dalam bahasa Melayu berpotensi untuk diperluas
menjadi bentuk terbitan.
Perkataan boleh
terdiri daripada satu suku kata atau beberapa suku kata. Sesuatu suku kata
boleh terdiri daripada satu vokal (V), satu vokal disertai satu konsonan(K)
atau satu vokal dengan beberapa konsonan. Konsonan itu hadir di hadapan, atau
di belakang vokal atau serentak di hadapan atau di belakang. Ada
juga konsonan yang hadir secara bergugus (KK)
3.1.1.1 Kata
tunggal satu suku kata
Agak terhad jumlah
kata tunggal dalam bahasa Melayu. Kebanyakan terdiri daripada kata pinjaman
bahasa Inggeris atau bahasa Arab. Terdapat kependekan bagi dua perkatan atau
lebih misalnya ku untuk aku dan tu untuk itu, tetapi perkataan itu tidak
dianggap sebagai satu suku kata.
Pola gabungan konsonan
– vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut
Rajah : Bentuk Kata Tunggal
Contohnya :
KV - yu VK
- am KVK - cat
KVKK - draf KVKK -
bank KKKV
- skru
KKKVK - skrip
3.1.1.2 Kata tunggal dua
suku kata
Sebahagian besar
perkataaan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata.
Antara pola tunggal dengan dua suku kata ialah:
1.
V +
KV - aku, ubi, esa
2.
V + VK
– air. aib. ais
3.
V + KVK - adik.
emas,ikan
4.
VK + KV
- undi, ulat, ikan
5.
VK+KVK – angkat, empat,
umbut
6.
KV+ V – doa. tua, bau
7.
KV + VK – jauh, liar,
giat
8.
KV + KV – jala, beta, bisu
9.
KV + KVK – kapal. telur,
pukul
10.
KVK + KV – lampu, janji,
sendi
11.
KVK + KVK – bangsal, bengkok,
jemput
3.1.1.3 Kata tunggal tiga suku kata
Kebanyakan perkataan
tiga suku kata terdiri daripada kata-kata pinjaman
1. KV + V + KV – cuaca,
suara.tuala
2. KV + V + KVK –
biawak,kaedah, kiamat
3. V + KV + V – usia,
urea,idea
4. KV + KV + V – semua.
boria, belia
5. KVK + KV + V –
tempua. mentua
6. KV +KV + VK –
seluar,keruan,rasuah
7. KVK + KV + VK-
manfaat, berlian, sekian
8. V + KV + KV – utara,
asasi,azali
9. V + KV + KVK –
ijazah, alamat, akidah
10. VK + KV + KV – asrama, istana, antara
11. KV + KV + KV – budaya, berita, putera
12. KVK + KV + KV – menteri, jendela,
penjuru
13. VK + KV + VK – ilmiah, ikhtiar
14. V + KV + VK – akaun, elaun,amaun
15. KV+KV+KVK – belalang,senapang,teratak
16. KVK+KV+KVK- cendawan,
sembilan,tempayan
17. KV+KVK+KV – belanja, setanggi,
kelambu
18. KVK+KVK+KV – sempurna
19. KV+KVK+KVK - selumbar,
gelombang, kelompok
3.1.1.4 Kata tunggal empat suku kata dan lebih
1. KV + KV+VK+KV –
biduanda, keluarga, keluangsa
2. KV+KVK+KV+KV –
sederhana, peristiwa, belantara, sementara
3. KVK+KV+KV+KV –
laksamana, harmonika, sandiwara. bendahari
4. KVK+KV+V+KV –
sentiasa
5. KV+KV+KV+KV –
bidadari, serigala, samudera, dinihari
6. KV+KV+KV+KVK –
masyarakat, perajurit, munasabah
7. KVK+KV+KV+KVK –
sentimeter
8. KVK+KVK+KV+KV-
singgahsana, dispensari
9. KV+KV+V+KVK –
mesyuarat ,nasional
10. V+KV+KVK+KV+KV – universiti
11. KVK+KV+KV+KV+KVK – cenderawasih, kosmopolitan
12. KV+KV+KV+KV+KV+KV - maharajalela
Selain daripada
perkataan di atas, kata akronim juga
termasuk dalam jenis kata tunggal.
Akronim ialah kata singkatan
yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan
kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis
serta dilafazkan sebagai perkataan yang utuh. (Tatabahasa Dewan,
Edisi 3 2008 ).
Pembentukan kata
akronim boleh ditulis dengan tiga cara berdasarkan cara pembentukan akronim
tersebut.
Pertama akronim yang
terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang
lazimnya terdiri daripada kata nama khas dan ditulis dengan huruf
besar keseluruhannya. Contohnya
ADUN – Ahli Dewan Undangan Negeri
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
Kedua , akronim yang
terbentuk daripada gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata
dengan suku kata. Oleh sebab yang terbentuk itu kata nama khas, huruf
pertamanya dieja dengan huruf besar. Contohnya
Perkeso- Pertubuhan
Keselamatan Sosial
Ketiga , akronim yang
terbentuk dengan gabungan suku kata dengan suku kata dan ditulis dengan huruf
kecil keseluruhannya. Perkataan yang terbentuk bukan kata nama khas. Contohnya
tabika- taman
bimbingan kanak-kanak
3.2 Bentuk
Kata Terbitan
Kata terbitan ialah bentuk
kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan sama ada
awalan, akhiran, apitan atau sisipan.
Nik Safiah et.al
(1996): Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui
proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada
kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang
disebut kata terbitan.
Imbuhan terdiri
daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang
dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat
yang disebut akar.
Imbuhan ialah bentuk
morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat. Ia harus
diimbuhkan pada bentuk lain yang merupakan kata dasar. Berdasarkan kedudukannya
pada kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu
awalan,akhiran,apitan dan sisipan.
Rajah :
Bentuk-Bentuk Kata terbitan
3.2.1. Kata Terbitan Berawalan
(1) Awalan Kata Nama
pe- (pemain,pesakit,penyepit)
pem
(pembawa,pemfitnah,pembuat)
pen-
(penjaja,pencari,pendatang)
penge- (pengebom,pengelap,pengetin)
pel- (pelajar)
per-
(perasap,pertapa.perbara)
pe- (
petani,pesara,penyanyi
ke- (ketua,kekasih,kelipat)
juru-
(juruacara,juruterbang,jururawat)
maha-
maharaja.mahasiswa.mahaguru
tata- ( tatarakyat,tatacara.tatasusila)
pra- (prasejarah,prakata,prasangka
)
sub- (
subkelas,substandard,subsistem)
supra-
(suprasegmental.supranasional.suprakelas)
eka
-(ekabahasa,ekawarna,ekapaksi)
dwi- (
dwibahasa,dwilambang,dwifungsi)
(ii) Awalan Kata Kerja
me- ( melawan,
menyikat,merasa)
mem-membawa,
memfitah,memveto)
men-(
mentadbir,mencari,mencadang
meng-(mengajar,mengguris,mengikut)
menge-
(mengekod,mengetut,mengecat)
memper-
(memperluas,memperisteri,memperhamba)
ber-(bersukan,berganti,berserta)
be- ( beraja,berupa,berasa)
bel- (belajar)
ter-(tersepak.terjerlus,terbentuk)
di –
(diarah,disekat,dipukul)
diper-(diperisteri,dipercepat.diperoleh)
(iii) Awalan Kata
Adjektif
ter (
terbesar,tercantik,terputih)
te-
(teringan,terendah,teruncing)
se- (secantik,senipis,sebaya)
3.2.2 Kata terbitan
berakhiran
Akhiran dalam bahasa
Melayu hanya dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata terbitan
sahaja,seperti yang berikut :
(i)
Akhiran kata nama
-an (mainan,jahitan,pakaian)
-wan (usahawan,sasterawan,angkasawan)
-man (seniman,budiman)
-wati (olahragawati,seniwati)
-isme (komunisme,sosialisme,nosionalisme)
-in (muslimin,hadirin)
-at (muslimat.hadirat)
-ah (sultanah,ustazah)
(ii) Akhiran
kata kerja. Contohnya:
-kan (besarkan,gunakan,buatkan)
-i
(turuti.duduki,berkati)
3.2.3 Kata terbitan berapitan
Apitan wujud dalam
kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan seperti yang
disenaraikan di bawah:
(i)
Apitan kata
nama, contohnya ;
pe-……- an ( pelaksanaan,perasaan,penyiaran)
pem-….-an (pembuatan,pembinaan)
pen-….-an ( pentakrifan,pencarian,pendapatan)
peng-……-an ( penggunaan,pengairan)
penge-…..-an ( pengehadan,pengesahan,pengesyoran)
pe-….-an ( pesisiran,pekarangan)
per-….-an ( persalinan,permainan)
pel-…..-an ( pelajaran)
ke-….-an ( kelebihan,kesenangan)
(ii)
Apitan kata kerja,
contohnya;
me-….-kan (melukakan,menakutkan)
men-….-kan ( mendermakan,menzahirkan)
mem-…..-kan (membaharukan,memvariasikan)
meng-….-kan (menggunakan,menghiraukan)
menge-….-kan (mengepinkan,mengetinkan)
ber-…kan (berbajukan, beralaskan)
ber-….-an (
berjauhan,bermaafan)
di-….-kan (
dibiarkan,dipisahkan)
me-…..-i (
memasuki,menyedari)
men-…-i (
mendendami,menziarahi)
mem-….-i (
mempercayai, membaharui)
meng-….i ( menganggotai,mengekori)
di-…I (
diadili,diikuti)
diper-…-kan (
diperdengarkan,diperbahaskan)
diper-…i (
diperbaharui,diperingati)
memper-…-kan
(memperdengarkan,memperjuangkan)
memper-….-I
(mempercayai,memperingati
ke-…-an (
kehujanan,kehausan)
(iii)
Apitan kata adjektif
ke-…..-an ( kecinaan,keinggerisan)
3.2.4 Kata terbitan bersisipan
Kata terbitan baharu
tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Sisipan dalam bahasa Melayu wujud
dalam kata nama,kata adjektif dan kata kerja.
(i) Sisipan
kata nama
-el- ( telunjuk,kelabut)
-er- ( keruping,
seruling)
(ii) Sisipan kata
adjektif
-el- (selerak,
gelembung)
-er- (
gerodak,ker(e)lip)
-em- (semerbak,gemerlap
-in- (sinambung)
(iii) sisipan kata
kerja
-el- (gelegak,jelajah)
3.3 Bentuk
Kata Majmuk
Bentuk kata majmuk
lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang merangkaikan dua kata dasar
atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.
Kata majmuk dieja
terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Kata majmuk tidak boleh menerima
sebarang penyisipan unsur lain. Misalnya kerusi malas ialah kata majmuk kerana
tidak dapat disisipkan unsure lain
seperti ‘yang’. Kata pinggan mangkuk pula bukan kata majmuk kerana dapat
diselitkan dengan kata hubung ‘dan’.
3.3.1 Pengelompokan
Kata Majmuk:
(i) Kata
majmuk yang berbentuk istilah khusus contohnya
model linear, hak
milik, garis pusat , mata pelajaran , darah panas
lut sinar ,urus setia,
batu kapur , kertas kerja , pita suara , kemas kini
(ii) Kata
majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa, contohnya:
kaki
ayam anak emas manis
mulut tumbuk rusuk pilih kasih
3.3.2 Bentuk
kata majmuk yang telah mantap
Terdapat sebilangan
bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu
perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata
mengandungi dua kata dasar.
Perkataan yang demikian tetap dieja bercantum
sebagai satu perkataan. Bentuk–bentuk kata tersebut ialah: antarabangsa setiausaha beritahu sukarela bumiputera
suruhanjaya jawatankuasa tandatangan kakitangan
tanggungjawab kerjasama warganegara olahraga
pesuruhjaya matahari.
3.3.3 Penggandaan
Kata Majmuk
Penggandaan kata majmuk
melibatkan penggandaan unsure pertama
kata sahaja. Contohnya:
alat-alat
tulis gambar-gambar
rajah Naib-Naib
Canselor
Satu
kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah
mantap. Penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya :
Warganegara-warganegara tandatangan-tandatangan
3.3.4 Pengimbuhan
kata majmuk
(i) Apabila
kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja
,ejaannya terpisah
Contohnya
daya
serap ---- dayaserapan
temu bual ----
ditemubual
(ii) Apabila
kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi
bercantum. Contoh:
satu padu ----
menyatupadukan
garis kasar
----menggariskasarkan
3.4 Bentuk
Kata Ganda
Proses penggandaan
dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Kata dasar boleh
mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh
digandakan secara berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.
Dalam bahasa Melayu
terdapat tiga jenis penggandaan iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan
penggandaan berentak.
a.
Contoh:
|
3.4.1 Penggandaan Separa
Penggandaan separa ialah
proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh
merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Berikut ialah contohnya
.(i) Penggandaan separa
kata tunggal
laki-laki lelaki
tikus tetikus
siku sesiku
(ii) dengan
awalan kata kerja :
ber- :
berkata-kata,berjalan-jalan
ter-:
teresak-esak,tercengang-cengang
di- dirisik-risik,
ditanya-tanya
meN- : (a)
meronta-ronta,merayu-merayu
(b) bantu-membantu,
cari-mencari
Kata adjektif:
se- sebaik-baik,sepandai-pandai
(b) dengan akhiran
Kata nama
-an :
sayur-sayuran,kenang-kenangan
Kata kerja :
- kan
: doa-doakan,tanya-tanyakan
- -i :
amat-amati,selidik-selidiki
Kata adjektif
- an
: rindu-rinduan, mati-matian
(c) dengan apitan
Kata kerja:
ber-……-an :
berkasih-kasihan, bersalam-salaman
meN-…..-kan :
meningi-ninggikan,memburuk-burukkan
meN…..-I : mengulang-ulangi,
mengawas-awasi
di-….-kan :
dimanja-manjakan,ditonjol-tonjolkan
di-…- i :
dihalus-halusi
kata adjektif :
ke-….-an : kekuning-kuningan,kebarat-baratan
3.4.2 Penggandaan
berentak
Penggandaan berentak
ialah proses menggandakan kata dasar mengikur rentak bunyi tertentu dalam kata
dasar itu. Dalam penggandaan berentak. Seluruh kata dasar diganakan dan
bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Terdapat tiga jenis penggandaan
berentak berdasarkan pengulangan bunyi iaitu:
(i)
Penggandaan berentak pengulangan vokal
(ii)
Penggandaan berentak pengulangan konsonan
(iii) Penggandaan berentak bebas
(i)
Penggandaan berentak pengulangan vokal
Penggandaan yang
mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu dan terdapat
ciri-ciri kaharmonian vokal.
(a) Kata nama
: kuih-muih,sayur-mayur, lauk-pauk
(b) Kata
kerja : cerai-berai, gotong-royong
(c) Kata
adjektif : hiruk-pikuk
(ii)
Penggandaan berentak pengulangan konsonan
Penggandaan jenis
ini mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi
konsonan tertentu.
Contohnya:
(a) Kata nama
– batu-batan, suku-sakat
(b) Kata
kerja – mundar-mandir.huyung-hayang
(c) kata
adjektif – huru-hara, kucar-kacir
(iii)
Penggandaan berentak bebas
Penggandaan jenis ini
ialah penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal
atau konsonan. Contohnya:
(a) Kata nama
: anak- pinak, ipar-lamai
(b) Kata
kerja : ulang-alik
(c) Kata
adjektif : simpang-siur, remeh-temeh
mntak izin share ye cikgu :)
ReplyDelete